5 Cara Bagaimana Mahu Keluar Dari 'Comfort Zone' Dengan Berjaya 1

#1-Mesti
Dibantu

5 Cara Bagaimana Mahu Keluar Dari 'Comfort Zone' Dengan Berjaya 2

Siapa yang perlu
dibantu? Anda. Untuk memaksa diri keluar dari zon selesa dan mencapai perkara
yang lebih besar, kita perlukan seseorang untuk membantu kita mencapainya.
Mungkin kita sudah ada kesemua yang diperlukan untuk mencapainya, duit, harta,
kemahiran atau bakat. Apa yang tinggal adalah mungkin anda perlukan sedikit
keberanian dan sudah tentu sokongan orang lain.

Setiap perkara
yang kita lakukan pasti ada cabarannya yang tersendiri, begitu juga apabila
anda ingin mencabar diri anda keluar dari kebiasaan, luar dari kotak, sudah
pasti rintangan atau kesukaran yang anda hadapi lebih besar. Jadi ya, anda
pasti perlukan bantuan seseorang untuk mendorong anda sentiasa kehadapan.

#2-Mindset
Yang Betul

5 Cara Bagaimana Mahu Keluar Dari 'Comfort Zone' Dengan Berjaya 3

Boleh dikatakan,
dalam apa jua perkara yang kita ingin lakukan, niat kita, mindset kita, kenalah
jelas dan betul sejak dari mula. Sebagai manusia, kita tidak lari daripada niat
dan kelakuan yang berubah-ubah. Sedangkan iman kita pun berbolak-balik inikan
pula keinginan kita. Namun, untuk berjaya keluar dari zon selesa, kita
hendaklah menguatkan niat dan mindset kita.

Pastikan kita
positif dengan apa yang kita ingin lakukan meskipun berdepan dengan jalan
buntu. Jangan mudah berputus asa, takut-takut nanti mula terbiasa. Selarikan
niat, mindset dengan tindakan yang betul dan konsisten, Insya-Allah pasti kita
akan berhasil melakukan sesuatu yang kita belum pernah terfikir dapat lakukan
sebelum ini. Biasakan diri menerima atau melakukan sesuatu yang baharu atau
lebih sukar untuk melatih kita keluar dari zon selesa kita.

#3-Pilih Yang
Lari Daripada Kebiasaan

5 Cara Bagaimana Mahu Keluar Dari 'Comfort Zone' Dengan Berjaya 4

Sudah tentu kita tidak selesa berhadapan dengan perkara-perkara yang kita belum pasti hasilnya. Jadi, kita lebih selesa membuat pilihan yang kita jelas hala tujunya. Jangan begitu. Keluar dari zon selesa bermakna kita harus sanggup mengambil risiko yang kita takuti selama ini.

Belajarlah mengambil risiko seperti kanak-kanak. Mereka berani melakukan apa sahaja yang buatkan mereka rasa teruja tanpa perlu berfikir terlalu kritikal. Ada risikonya, sudah pasti, akan tetapi ini juga faktor utama yang membuatkan mereka belajar lebih banyak dengan perkara-perkara baharu.

#4-Sediakan Perancangan Yang Sistematik

5 Cara Bagaimana Mahu Keluar Dari 'Comfort Zone' Dengan Berjaya 5

Selain daripada
membayangkan apa yang anda dapat capai setelah berjaya keluar dari zon selesa,
anda harus melakukan sesuatu yang lain untuk memastikan apa yang anda telah
bayangkan tercapai. Apa yang anda perlukan adalah perancangan yang sistematik.
Bermula daripada strategi bagaimana untuk mula keluar dari zon selesa dan
tindakan-tindakan yang harus dilakukan seterusnya daripada langkah pertama.

Anda juga perlu
kenal pasti alat bantu anda untuk merealisasikannya dengan berjaya. Contohnya,
jika anda takut untuk berbahasa Inggeris di hadapan umum, maka anda tahu untuk
mengatasinya, anda kena banyak belajar dan berlatih, malah bukan itu sahaja,
alat bantu anda susah pasti anda perlukan seorang tutor atau aplikasi untuk
membantu anda. Anda harus ada perancangan yang teliti bagi setiap tahap
perkembangan yang anda lakukan untuk memastikan anda berjaya keluar dari zon selesa
sepenuhnya.  

#5-Transformasi Kelemahan Anda

5 Cara Bagaimana Mahu Keluar Dari 'Comfort Zone' Dengan Berjaya 6

Setiap individu ada kelebihan dan kekurangannya yang tersendiri.  Namun, jangan jadikan kelemahan anda sebagai penghalang anda untuk berjaya. Ramai pakar menyarankan kita harus fokus kepada kelebihan kita daripada kelemahan kita, ada benarnya. Namun, kita juga tidak harus mengabaikan kelemahan kita dan menambahbaik kekurangan yang ada dari masa ke semasa.

Anda ada dua pilihan, sama ada anda tukarkan kelemahan anda menjadi satu kelebihan atau anda singkirkan terus daripada kehidupan anda. Apa yang pasti, ia satu proses yang sukar namun jika anda berjaya melakukannya, jalan kejayaan untuk masa depan ada terbentang luas untuk anda lalui dengan mudah.

Sumber rujukan:

https://greatperformersacademy.com/motivation/how-to-push-beyond-your-limits-and-achieve-your-biggest-goals

Penulis: Nadia Nazri





Source link