2 Cara Mudah Untuk Melabur Seperti Warren Buffett 1

Ramai yang berjaya mengubah hidup dan menjadi kaya dengan membuat pelaburan. Memang kalau tahu melabur dengan cara yang betul, manfaatnya sangat besar dan sememangya pelaburan adalah jalan mudah untuk mejadi kaya.

Namun, jika tersilap langkah, buruk padahnya. Silap haribulan, anda tertipu dengan pelaburan yang palsu atau anda mengalami kerugian besar kerana tidak tahu cara betul. Berani ambil risiko untuk melabur? Ikut nasihat Warren Buffett ini sebelum melabur agar anda tidak tersilap langkah.

#1- Pilih
Syarikat Yang Ada Nilai Berterusan

2 Cara Mudah Untuk Melabur Seperti Warren Buffett 2

Sebelum mula melabur, Buffett akan mencari bisnes atau syarikat yang menunjukkan prestasi yang bagus dan hebat dalam persaingan dengan syarikat-syarikat lain. Syarikat yang dipilih haruslah berupaya menjadi pesaing terunggul dalam industri mereka pada waktu yang lama.

Kita tidak akan beli ladang, kebun, atau  rumah hanya kerana tanah, cuaca atau persekitarannya elok, akan tetapi kita membelinya kerana merasakan itu adalah satu pelaburan yang bagus untuk masa hadapan. Begitu juga dengan pelaburan, kita tidak melabur sewenang-wenangnya kerana kita ingin melabur, tetapi kita memilih yang terbaik kerana itu akan memberi manfaat kelak.

Buffett sendiri
membeli saham syarikat seperti See’s Candies pada 1972 dan melabur lebih
daripada $1 billion dalam syarikat Coca-Cola pada tahun 1988. Kedua-dua
pelaburannya masih mendatangkan hasil yang lumayan hinggalah sekarang.

Buffett menasihatkan sebelum memilih untuk membuat pelaburan , anda harus mengkaji portfolio semua syarikat yang anda rasakan berpotensi untuk pelaburan dan nilai pasaran mereka. Jika mereka dapat mencapai keuntungan yang besar selama bertahun-tahun, pilih syarikat tersebut. Jangan pula fikir untuk menjual saham anda secepat yang mungkin.

Pelabur yang bagus menjualnya hanya bila perlu pada waktu terbaik dan sentiasa menyimpannya untuk aset masa hadapan. Kata Buffett, “Jikalau tidak sanggup untuk menyimpan dan memiliki stok saham yang anda beli selama 10 tahun, jangan fikirkan untuk menyimpannya selama 10 minit sekalipun.” Faham bukan?

#2- Laburkan
Wang Untuk Sesuatu Yang Anda Faham

2 Cara Mudah Untuk Melabur Seperti Warren Buffett 3

Buffett tidak
sesekali akan melaburkan wangnya untuk sesuatu yang dia tidak faham. Adalah
penting untuk seorang pelabur memahami operasi syarikat yang dilaburkannya.
Buffett mengatakan, kita harus belajar bagaimana untuk menilai bisnes dan mengenalpasti
bisnes mana yang kita boleh berkebolehan untuk tangani dan fahami. Ini penting
supaya kita dapat melabur dengan yakin.

Kita tidaklah
perlu menjadi pakar dalam sesuatu bisnes untuk melabur akan tetapi kita
hendaklah melabur wang kita dalam syarikat yang kita berkebolehan untuk
memahami apa yang mereka lakukan dan untuk membolehkan kita fikirkan solusi
jika sesuatu berlaku dalam syarikat tersebut kelak.

Warren Buffett turut menasihatkan kepada anda yang berminat untuk menjadi pelabur, ingatlah yang pelaburan adalah satu pekerjaan yang berisiko. Cuba untuk elakkan melabur di dalam syarikat persendirian dan belajarlah untuk melabur perlahan-lahan sehingga anda faham selok-belok dunia pelaburan.

Pastikan anda ada ilmu dan mentor supaya tidak tersilap langkah. Bagi pelabur muslim pula, adalah tanggungjawab anda untuk memastikan pelaburan anda mematuhi Syariah agar anda tidak tersalah mencari rezeki daripada sumber yang tidak halal. Selamat Melabur!

Penulis:
Nadia Nazri





Source link