3 Cabaran Dalam Organisasi Yang Perlu Diatasi Untuk Berjaya 1

#1-Menilai
Kos Peluang Yang Muncul

3 Cabaran Dalam Organisasi Yang Perlu Diatasi Untuk Berjaya 2

Ada ramai
usahawan berjaya berkata, pernah satu ketika dahulu mereka pernah sangat takut
untuk mengambil risiko dalam bisnes kerana tidak mahu rugi. Akibatnya, mereka
terlepas peluang-peluang besar yang datang. Namun, mereka telah keluar dari zon
selesa dan kini peluang besar sentiasa datang kepada mereka.

Sebagai
usahawan, kita harus bijak menilai kos peluang yang ada di depan mata.
Sememangnya kita mahu meminimakan kerugian namun untuk memajukan bisnes, kita
harus belajar mengira keuntungan yang akan diperoleh jika kita berani mengambil
risiko.

Dalam bisnes,
orang mengejar wang tidak seuntung orang yang mencipta nilai dalam perniagaan.
Justeru, pencipta nilai selalunya lebih lama bertahan dalam bisnes kerana
mereka fokus kepada nilai produk yang bagus untuk masyarakat pembeli bukan
nilai wang yang akan mereka dapat semata-mata.

Contoh usahawan
seperti ini adalah Jeff Bezos, yang mana perniagaannya bermula dengan
perkhidmatan yang memberi tambah nilai kepada masyarakat. Sudah tentu ia
berisiko kerana dia mencipta nilai baharu dalam bisnes yang belum pernah
dilakukan oleh orang lain. Namun, kerana nilai produknya bagus untuk pembeli,
perhitungannya menjadi.

Anda harus
menilai kos peluang yang datang kepada anda, adakah ia berbaloi untuk
dilakukan? Apakah keuntungan dan kerugian yang mungkin timbul? Jika anda gagal,
adakah pelan alternatif lain yang anda boleh lakukan untuk menampung kerugian.
Usahawan bijak tidak akan mengambil risiko dengan melulu tetapi melakukannya
dengan berani dan bijak.

#2-Mencari Kesempurnaan

3 Cabaran Dalam Organisasi Yang Perlu Diatasi Untuk Berjaya 3

Kesempurnaan sememangnya bagus kerana itu melambangkan kehebatan yang unggul. Namun, kesempurnaan boleh menjadi perangkap kepada ramai usahawan termasuklah anda. Ramai usahawan yang membazirkan masa untuk merancang dan memastikan rancangan mereka sempurna dari A-Z.

Namun, mereka lupa, perancangan itu mungkin sempurna di atas kertas namun sebenarnya ada fasa dalam perancangan yang harus dilaksanakan terlebih dahulu dan selepas itu barulah penambahbaikan dilakukan bukannya semuanya dirancang dengan sempurna barulah dilancarkan.

Jika anda ingin menjimatkan masa dan duit dan sudah tentu anda ingin bergerak pantas, anda harus buang rasa tidak pasti anda. Kurangkan perancangan dan tingkatkan tindakan. Pelan bisnes terbaik adalah yang membuatkan anda menembusi pasaran dengan segera.

Produk yang sempurna adalah produk yang menyelesaikan masalah pelanggan dan itulah sebab kenapa mereka membelinya. Fokus kepada sebab itu dalam menghasilkan kesempurnaan dalam produk.

Mungkin anda mahu menjadi syarikat Apple yang membuat kajian bertahun-tahun sebelum melakukan sesuatu produk namun jangan salah faham, mereka ini menjadikan produk kajian mereka sebagai satu ujian mereka pada setiap hari baik dengan pekerja mereka sendiri atau pelanggan dan mereka mempunyai sumber yang cukup untuk melakukannya bukan anda.

Jangan ambil risiko jika anda bukan usahawan syarikat gergasi. Sebaiknya gunakan masa tersebut untuk bina syarikat anda dan melariskan produk anda.

#3-Biasa
Dengan Takut

3 Cabaran Dalam Organisasi Yang Perlu Diatasi Untuk Berjaya 4

Usahawan sejati
tidak akan kebal daripada kegagalan. Jadi, sebagai usahawan yang bijak, anda
harus menguasai strategi untuk 
meminimakan kegagalan yang akan muncul. Antaranya adalah bertindak hanya
dengan ‘demand’ daripada pelanggan. Jika anda sedang menilai sama ada patut
melakukan sesuatu atau tidak, pastikan anda hanya melakukannya jika ada
permintaan dalam pasaran semasa.

Anda juga tidak
seharusnya menggadaikan kesemuanya untuk melaksanakan satu tindakan atau
peluang. Pastikan anda ada satu sumber pendapatan yang berterusan dan hasil
pendapatan ini tidak seharusnya diganggu dengan pelaksanaan tindakan lain.
Walaupun anda dalam kerugian melaksanakan projek lain. Dengan ini, anda akan
ada ‘exit door’ yang selamat meskipun ada tindakan anda yang salah atau
merugikan.

Sumber rujukan:

https://www.forbes.com/sites/abdoriani/2019/08/14/3-internal-challenges-you-need-to-overcome-to-become-a-successful-startup-founder/#1579acae7da3

Penulis:
Nadia Nazri





Source link