3 Cara Tukarkan Perniagaan Kecil Anda Menjadi Besar 1

Sudah tentu perusahaan yang besar seperti pasaraya borong boleh memberikan harga yang lebih murah dan berpatutan berbanding perusahaan atau perniagaan yang kecil. Sebagai peniaga kecil pasti anda sedar yang anda sentiasa terperangkap dengan penentuan harga kerana kos operasi yang agak tinggi.

Bagi pemilik perniagaan besar, mereka ada kuasa membeli yang tinggi maka barangan yang dijual jauh lebih murah kerana kuantitinya lebih besar. Ini adalah kelebihan pemilik bisnes berskala besar. Bagus bukan jika kita juga memiliki kelebihan yang sama malahan banyak lagi kelebihannya jika bisnes kita berskala besar. Berikut adalah tip untuk peniaga kecil-kecilan membesarkan masalah mereka.

#1-Jadi
Kreatif

3 Cara Tukarkan Perniagaan Kecil Anda Menjadi Besar 2

Amy Boroff adalah pemilik kepada Craftul, sebuah kedai menjual permainan unik dan hadiah di New Jersey. Kata Amy, pada awalnya, dia berharap komuniti setempat akan menyokong perniagaannya dan sanggup berbelanja lebih sedikit memandangkan kedainya masih baharu dan kecil.

Akan tetapi, sangkaannya meleset kerana mereka lebih gemar pergi ke pasaraya borong yang besar yang menawarkan produk yang hampir sama pada harga yang lebih murah.  Sudah tentu, Amy sukar untuk bersaing daripada segi aspek ini.

Mereka mula
mengurangkan stok barang jualan kerana tidak laku. Untuk terus berniaga, mereka
memikirkan idea kreatif yang baharu dan menukar strategi bisnes. Daripada
menjual produk mereka seperti biasa, mereka menyediakan pakej untuk pembelian
pada harga yang sama dengan pesaing.

Perubahan ini membuatkan pelanggan beralih arah dan mula menjadi pelanggan mereka. Namun, oleh kerana pakej menarik yang mereka tawarkan, pelanggan bukan membeli barang permainan seperti yang mereka harapkan pada awalnya namun sebaliknya ramai yang membeli pakej mereka untuk jamuan harijadi dan keraian.

Hal ini merupakan satu perubahan yang tidak disangka dan ini meningkatkan peluang bisnes Amy. Malah, kedainya semakin popular apabila maklumbalas bagus oleh bekas pelanggan tular dalam kalangan komuniti setempat. Oleh kerana mendapat permintaan yang tinggi daripada pelanggan, mereka kini terpaksa beroperasi hingga lewat malam.

Selain sentiasa
inovatif dengan idea kreatif, anda juga perlu bersedia untuk menukar strategi
bisnes bila mana perlu.

#2-Tingkatkan
Kualiti

3 Cara Tukarkan Perniagaan Kecil Anda Menjadi Besar 3

Pelanggan perlu dilayan seperti raja bukan kerana kita mahukan duit mereka semata-mata. Kita mahu bina hubungan baik yang berpanjangan dengan pelanggan untuk ‘win-win situation’. Pasti anda tahu yang untuk membuka bisnes, ramai yang menasihatkan, anda perlu menjual atau menyediakan sesuatu yang anda minati.

Jika anda berniaga sesuatu yang anda tidak minati, dikhuatiri anda akan kurang bermotivasi untuk satu tempoh yang lama. Juga jika anda tidak berminat, sukar untuk anda memahiri bidang bisnes yang anda ceburi dan itu akan menjadikan anda usahawan yang tidak mahir dan berilmu.

Sebaliknya, jika anda mempunyai minat yang mendalam, pasti anda akan belajar sepanjang masa dan ‘upgrade’ kemahiran anda dari masa ke semasa untuk terus berjaya dalam bisnes. Cuba bayangkan jika anda merupakan pemilik kafe yang kononnya pakar dalam penyediaan kopi terbaik.

Boleh bayangkan jika ada pelanggan bertanya dengan lebih lanjut mengenai kopi tersebut tetapi anda sendiri sukar untuk jelaskan dengan baik, pasti kredibiliti anda diragui. Begitu juga dengan perkara yang sama anda harus terapkan kepada pekerja anda. Pastikan mereka berminat dengan kerja mereka dan ambil tahu mengenai bisnes dan produk anda.

Latih mereka untuk mahir dalam melayan pelanggan dan berpengetahuan untuk meningkatkan kredibiliti, imej, dan keyakinan terhadap bisnes anda. Pelanggan suka jika mereka dikenali, dihargai dan dijaga dengan baik. Jarang kita dengar bisnes yang lingkup kerana kualiti perkhidmatan dan layanan pelanggan yang baik.

#3-Kembali
Memberi

3 Cara Tukarkan Perniagaan Kecil Anda Menjadi Besar 4

Jangan tunggu bisnes anda dah besar baru hendak bermula. CSR boleh dilakukan pada awal fasa bisnes lagi semudah dengan hanya bersedekah. Ada banyak cara untuk memberi kembali kepada masyarakat, bukanlah satu perkaara yang sukar untuk melakukannya, anda hanya tinggal untuk memilih caranya sahaja.

Semakin besar bisnes anda sepatutnya semakin besar kesyukuran yang anda harus zahirkan kepada Allah s.w.t dan mereka yang terlibat dalam proses tersebut. Jika anda ikhlas, anda bukan dapat bina nama dan imej bisnes semata-mata akan tetapi anda turut beroleh pahala. Jangan kedekut dan berkira di saat masih memiliki, ingatlah, sebesar mana kejayaan anda, sekali Allah s.w.t tarik maka anda bukanlah siapa-siapa pun.

Allah SWT berfirman
yang bermaksud: “Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan
Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai;
tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah
melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas
(rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.” (Surah al-Baqarah,
ayat 261)

Amalan
bersedekah dan membantu orang lain dengan biat yang betul pasti akan ganti
semula dengan ganjaran paling sedikit 10 kali ganda pahala manakala paling
banyak adalah 700 kali ganda. Semoga anda adalah usahawan yang dermawan dan
semoga doa-doa orang yang dibantu oleh anda akan memajukan lagi bisnes anda.

Penulis:
Nadia Nazri





Source link