4 Strategi Asas Untuk Mulakan Bisnes 1

#1-Idea Yang
Bagus & Penyampaian Yang Betul

4 Strategi Asas Untuk Mulakan Bisnes 2

Semua orang ada
idea tentang sesuatu perkara yang timbul. Ada sesetengah orang sahaja yang
mampu fikirkan idea yang bijak, kreatif dan menarik untuk bisnes manakala,
hanya ada segelintir orang sahaja yang mampu menukarkan idea mereka dalam
bentuk tindakan.

Ramai usahawan gagal
dalam bisnes kerana mereka tidak tahu cara menyampaikan idea dengan betul.
Mereka ada produk yang hebat namun tidak disedari pelanggan kerana saluran idea
atau pemasaran yang salah.

Pastikan anda
memilih penyampaian idea yang boleh difahami oleh pelabur dan bakal pelanggan
anda.

#2-Fahami
Keadaan Pasaran Semasa

4 Strategi Asas Untuk Mulakan Bisnes 3

Anda mungkin ada produk yang hebat tetapi anda tetap akan gagal apabila anda jual kepada orang yang salah atau cara yang salah. Jika anda yang menjadi orang pertama memperkenalkan produk tersebut, pastikan anda buat banyak kajian dan mendapatkan maklum balas dengan target pembeli anda.

Jika ada produk lain yang sama seperti anda dengan nilai yang berbeza mungkin, pastikan anda mengkaji kesemua pesaing anda dalam pasaran dan fahami kelebihan mereka, kemudian, formulakan produk anda sendiri dengan cara yang berbeza dan sudah tentu, lebih hebat.

Anda akan dapat kekal relevan dalam pasaran jika anda dapat memahami cara industri bidang anda beroperasi. Oleh itu, anda tidak boleh jumud dan harus sentiasa terbuka dengan trend semasa pasaran dan berubah mengikut keperluan.

Hatta syarikat hebat seperti Kodak, Nokia pun jatuh kerana tidak berinovasi mengikut kehendak pasaran, inikan pula syarikat anda yang baru mahu tumbuh.

#3-Belajar
Cara Mendapatkan Dana

4 Strategi Asas Untuk Mulakan Bisnes 4

Ini adalah strategi mudah untuk dapatkan wang bagi usahawan yang kekurangan modal. Namun, di Malaysia, tidak ramai usahawan yang mahir dengan cara ini. Jika anda ada idea yang bagus namun kekurangan wang untuk merealisasikannya, anda boleh menjual idea anda kepada syarikat yang lebih besar dan meyakinkan mereka untuk jadi pelabur anda.

Jika mereka tidak mahu menjadi rakan niaga, anda boleh jual idea anda dan juga membuat kontrak yang membolehkan anda mendapat keuntungan dalam jumlah tertentu dengan hasil jualan produk anda.

Jika anda seorang yang benar-benar kreatif dan inovatif, pasti anda mampu mencipta produk lain dengan idea-idea inovasi anda dan menggunakan wang yang anda perolehi dengan produk atau idea sebelumnya yang telah anda jual dan melaksanakan bisnes yang  baharu. Mungkin juga anda mahu gunakan cara yang sama, dengan menjual produk atau idea anda kepada syarikat yang lebih besar.

Bekerjasama dengan syarikat lain yang sudah gah adalah idea yang bagus kerana anda dapat mengurangkan kos yang pelbagai seperti sumber manusia, kos operasi, kos modal dan sudah tentu mereka mempunyai saluran pemasaran yang sudah kukuh dan luas.

#4-Belajar
Daripada Kesilapan

4 Strategi Asas Untuk Mulakan Bisnes 5

Tidak pelik jika anda terus gagal pada percubaan pertama dalam bisnes. Itu biasa. Anda perlu biasakan diri dengan kegagalan. Namun, untuk berjaya anda kena hadam punca kegagalan anda dan belajar membuat  penambahbaikan.

Jangan ulangi langkah yang sama yang membuatkan anda gagal dan apa yang paling penting adalah, belajar untuk mengetepikan ego anda dan berani mengaku kesilapan ada sendiri daripada menyalahkan orang lain.

https://www.techworld.com/startups/top-tips-advice-for-startup-founders-3682651/?amp

Penulis:
Nadia Nazri





Source link