5 Perbezaan Antara Jutawan Dan Bilionair 1

Apabila kita mendengar perkataan jutawan atau bilionair, bagi kita mereka kelihatan sama. Kedua-duanya berstatus tinggi, memiliki banyak wang dan aset serta  sudah tentu kaya-raya. Namun begitu, ada perbezaan ketara antara kedua mereka ini. Secara analoginya, satu juta detik merangkumi  11.5 hari, manakala 1 billion detik masa meliputi 31.5 hari!

Begitulah ketaranya perbezaan mereka. Faktanya, seorang bilionair boleh menyumbangkan kekayaannya kepada orang lain dan melahirkan 1000 jutawan baharu dalam masa sehari! Bukan itu sahaja, ada banyak lain perbezaan lain yang menyebabkan mereka berjaya dan sangat berjaya! Mari kita lihat.

#1-Matlamat & Komitmen

5 Perbezaan Antara Jutawan Dan Bilionair 2

Seorang bilionair mempunyai matlamat dan komitmen yang sangat tinggi untuk membina empayar kekayaan. Katakan seorang jutawan berjaya menubuhkan syarikat yang maju, mungkin ada pelabur yang menawarkan untuk membeli syarikatnya atau produknya pada harga 15 juta.

Seorang jutawan mungkin akan menerima tawaran yang bagus ini dan menggunakan wang 15 juta tersebut untuk pencen lebih awal. Contohnya seperti pengasas aplikasi Instagram dan Whatsapp yang menjual  syarikat mereka kepada syarikat Facebook.

Namun, mereka yang dalam kategori bilionair ataupun memiliki keazaman untuk menjadi bilionair, mereka tidak akan sesekali menjual syarikat mereka kepada orang lain walaupun mendapat tawaran yang tinggi. Hal ini kerana mereka percaya mereka boleh pergi lebih jauh dan akan lebih berjaya dengan apa yang mereka usahakan sekarang. Contoh terbaik adalah syarikat Facebook.

Walaupun mendapat beberapa tawaran yang lumayan, Mark Zuckerberg menolaknya dan terus memperbesarkan syarikat gergasinya untuk lebih kukuh hingga kini. Sudah tentu anda tidak akan pernah menjadi bilionair jika anda hanya berpuas hati untuk menjadi jutawan.

#2-Skala Bisnes

5 Perbezaan Antara Jutawan Dan Bilionair 3

Sudah tentu ada perbezaan besar pada skala bisnes antara seorang jutawan dan bilionair. Mungkin jika kita lihat pada keuntungan, sepertinya, lagi banyak lokasi bisnes atau cawangan syarikat anda, lagi banyak keuntungan yang anda peroleh.

Memiliki banyak cawangan di satu negeri atau negara mungkin akan buatkan anda bergelar seorang jutawan namun anda harus mengembangkan skala bisnes anda peringkat antarabangsa. Bermakna, anda harus membuka bisnes atau cawangan anda di negara lain juga untuk mendapat keuntungan yang lagi besar dan bergelar bilionair.

#3- Gagal Berulang Kali

5 Perbezaan Antara Jutawan Dan Bilionair 4

Jarang kita lihat ada bilionair yang berjaya hanya dengan mengusahakan satu bisnes sahaja dari mula. Jika kita lihat contoh-contoh bilionair yang berjaya, mereka pernah dan masih memiliki beberapa bisnes dan produk yang berlainan untuk kekal relevan sebagai pemain utama dalam bisnes.

Dalam usaha untuk mencapai status bilionair, mereka telah mengalami kegagalan berkali-kali. Lihat sahaja contoh seperti bill gates, dia pernah gagal dengan bisnesnya iaitu traf-o-data. Sama seperti  bilionair Elon Musk, beliau menjual bisnesnya seperti  zip2, compaq dan x.com untuk beberapa juta dolar bukan untuk pencen dan kaya awal akan tetapi untuk dijadikan modal untuk bisnesnya yang lain seperti tesla dan lain-lain.

Apa yang pasti, mereka ini tidak berhenti apabila gagal sebaliknya menjadikan kegagalan mereka sebagai pengajaran untuk bisnes mereka yang lain. Bilionair yang berjaya bukan sahaja nekad untuk mengulangi fasa-fasa dalam bisnes dari awal berkali-kali termasuk mengalami kegagalan itu sendiri untuk berjaya. Anda?

#4-Kuasa Kawalan Perbelanjaan

5 Perbezaan Antara Jutawan Dan Bilionair 5

Setiap hari pasti ada pemenang loteri yang diumumkan setiap hari. Namun, berapa kerat antara mereka tersenarai sebagai jutawan dan bilionair? Tiada bukan? Kenapa? Kerana mereka memiliki sejumlah wang yang besar namun mereka tidak ada sikap kawalan diri dan perbelanjaan yang baik.

Sebanyak mana wang yang mereka ada sekalipun, pasti mereka akan menghabiskannya pada cara yang salah dan lama-kelamaan duit itu tidak akan bertambah sebaliknya menyusut. Walaupun duit yang anda miliki sebagai modal niaga tidak sebanyak pemenang loteri, namun dengan mencontohi mindset bilionair pasti anda akan dapat meningkatkan wang anda.

Lihat siapa yang memakai barangan mewah sepanjang masa, orang berduit atau bilionair? Yang suka beli itu ini, tayang sana sini, bilionair ke atau golongan yang baru nak berduit? Fikirkan? Kalau pemilik Facebook dan Ikea pun hidup sederhana je, kenapa perlu anda hidup mewah sedangkan anda belum pun mencapai tahap bilionair seperti mereka?

#5-Semangat Keazaman

5 Perbezaan Antara Jutawan Dan Bilionair 6

Sudah tentu semangat dan keazaman adalah perkara yang paling penting dalam kehidupan bilionair. Perjalanan mereka sukar jadi mereka perlukan semangat yang tinggi untuk terus ke hadapan walaupun sewaktu momen-momen sukar.

Mereka berjaya menjadi bilionair kerana mereka sentiasa memiliki idea-idea baharu, sentiasa bersedia menghadapi pesaing dalam pasaran dan yang paling penting, tahap keazaman mereka berbeza daripada jutawan yang lain kerana mereka lebih bersemangat untuk meluaskan bisnes walaupun mereka sudah berjaya dan diiktiraf orang ramai. Mereka tidak pernah berhenti mengulangi proses yang sama.  Sanggupkah anda?

Penulis: Nadia Nazri





Source link