5 Pesanan Hidup Oleh Ibu Kepada Tokoh-tokoh Bisnes Yang Berjaya Di Dunia 1

Ibu adalah orang yang paling penting dalam hidup kita. Mereka adalah tulang belakang kepada mimpi-mimpi yang kita igaukan sepanjang masa. Dalam islam sendiri peranan ibu adalah sangat penting kerana syurga terletak di bawak tapak kaki mereka. Untuk berjaya dalam hidup, restu dan redha ibu bapa adalah amat penting untuk memastikan kita dapat melakukan apa yang dicita dengan mudah dan lancar.

Rasullullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa.” Meskipun tokoh usahawan barat yang berjaya bukanlah beragama Islam, namun mereka juga ada yang mempunyai akhlak yang tinggi dan sangat menghormati ibu bapa mereka.

Berikut adalah pesanan ibu tokoh-tokoh ini kepada mereka dan masih diingati sehingga kini.

#1-Elon Musk

5 Pesanan Hidup Oleh Ibu Kepada Tokoh-tokoh Bisnes Yang Berjaya Di Dunia 2

Ibu Elon Musk berpesan kepada beliau agar jangan pernah berhenti bekerja keras. Bagi mempraktikkan ajaran ini, ibunya tidak pernah memberikan apa-apa elaun kepada Elon dan adik-beradiknya yang lain. Oleh itu, Elon terpaksa belajar mencari wang sendiri.

Daripada sini, adik-beradik Elon belajar nilai kesusahan mendapatkan wang dan menghargai ganjaran yang mereka perolehi daripada setiap hasil keras mereka sehingga kini.

#2-Richard
Branson

5 Pesanan Hidup Oleh Ibu Kepada Tokoh-tokoh Bisnes Yang Berjaya Di Dunia 3

Belajar untuk berfikir sendiri. Ini adalah pesanan ibu kepada tokoh usahawan berjaya, Richard Branson, yang merupakan pengasas Virgin Group. Pada usia seawal 4 tahun, Richard belajar untuk berfikir dengan pantas kerana ibunya akan meninggalkan dia di tepi jalan setiap kali dia tidak mendengar kata dan berkelakuan nakal.

Richard terpaksa mencari jalan baliknya sendiri setiap kali dia ditinggalkan di tepi jalan sebagai hukuman. Setelah dewasa, Richard mula memahami yang ibunya mahu mengajarnya berdikari dan tidak terlalu manja dan bergantung kepada orang lain.

#3- Angela
Ahrendts

5 Pesanan Hidup Oleh Ibu Kepada Tokoh-tokoh Bisnes Yang Berjaya Di Dunia 4

Ibu kepada Timbalan Presiden syarikat Apple,  Angela Ahrendts, sentiasa menasihatkan anaknya yang setiap perkara akan ada masanya. Meskipun untuk membaca satu emel yang terakhir. Kata Angela, ibunya sangat mahir dengan pengurusan masa dan dia telah menunjukkan berapa banyak yang  boleh dilakukan oleh seseorang dalam masa satu hari.

Tambah ibunya, kita tidak sesekali akan dibebani dengan sesuatu yang kita tidak mampu tangani dan kita harus melaksanakannya dengan baik untuk kekal produktif dan menghabiskan masa dengan berkualiti. Dalam Islam sendiri, Allah berfirman:

لا يكلف الله نفساً إلا وسعها ..bahawa Allah tidak membebani seseorang diluar kemampuannya (Al-Baqarah: 286) Pembebanan adalah perkara yang menyulitkan. Imam Qurtuby berkata, “Allah menggariskan bahwa Dia tidak akan membebani hambanya sejak ayat ini diturunkan dengan amalan-amalan hati atau anggota badan, sesuai dengan kemampuan orang tersebut. Jadi apa sahaja yang kita harus lakukan dalam hidup telah diamanahkan kepada kita kerana Allah tahu kita mampu melakukannya walaupun mungkin kita sendiri tidak pasti dan semua orang ada waktu yang sama, 24 jam sehari untuk melakukannya.” Terpulanglah kepada kita bagaimana untuk melaksanakannya dengan baik dalam waktu yang diberikan.

#4- Mark
Zuckerberg

5 Pesanan Hidup Oleh Ibu Kepada Tokoh-tokoh Bisnes Yang Berjaya Di Dunia 5

Sebagai pengasas salah satu aplikasi media sosial terbesar di dunia, Facebook, Mark Zuckerberg juga tidak terlepas daripada menerima dan mendengar nasihat daripada ibu-bapanya. Mereka berpesan kepada Mark agar sentiasa melakukan apa beliau minati.

Mark seorang yang sangat gemarkan nombor sejak dari kecil, jadi untuk menyokongnya dengan mengajarnya bagaimana untuk ‘coding’ sejak berusia 10 tahun menggunakan perisian Atari 800. Mark bertuah kerana ibu-bapa mereka sentiasa menyokong apa yang beliau mahu lakukan dan mengalakkan Mark memberikan yang terbaik dalam apa jua yang mahu dilakukan dalam hidup.

#5- Sheryl
Sandberg

5 Pesanan Hidup Oleh Ibu Kepada Tokoh-tokoh Bisnes Yang Berjaya Di Dunia 6

Orang kuat nombor 2 dalam syarikat Facebook, Sheryl Sandberg juga turut menerima nasihat yang berguna dalam hidup menerusi ajaran ibu-bapanya. Ibunya berpesan untuk berjaya dalam hidup, kita harus sentiasa memberi balik kepada orang lain atau masyarakat.

Kata ibunya lagi, Adele, perkara paling penting yang harus dicapai oleh manusia adalah dengan menjadi individu yang bermoral dan prihatin dengan manusia lain, barulah dengan itu memikirkan pencapaian-pencapaian yang lain.

Kesimpulannya, untuk berjaya, kita harus juga mendengar nasihat orang lain dan ibu-bapa adalah antara orang terpenting yang harus menjadi rujukan kita untuk berjaya dalam hidup. Setinggi manapun pencapaian anda atau anda mahu capai, sentiasa ingat asal-usul kita, ingat ibu-bapa kita dan cuba membalas jasa mereka dan menggembirakan mereka sentiasa kerana tanpa mereka siapalah kita.

Meskipun mereka mungkin bukanlah ibu-bapa yang baik kerana kekangan yang tertentu, ingatlah, tanpa wujudnya mereka dalam hidup kita, kita juga tidak akan pernah wujud sama sekali. Kejayaan kita turut berkait dengan mereka walaupun sebanyak 0.01%.

Sumber rujukan:

https://www.inc.com/brit-morse/ss/successful-entrepreneurs-on-lessons-from-mom.html

https://ilyasak.blogspot.com/2009/04/redha-allah-terletak-pada-redha-ibubapa.html

http://www.dakwatuna.com/2008/07/21/829/allah-swt-tidak-membebani-seseorang-diluar-kemampuannya/#ixzz5x6oVj8pg

Penulis:
Nadia Nazri





Source link