7 Petua Kejayaan Lisa Messenger 1

Lisa Messenger adalah warganegara Australia yang juga merupakan usahawan dan penulis buku yang terkenal di negara Kanggaru itu. Dia merupakan pengasas kepada syarikat Messenger Group yang merupakan syarikat penerbitan media dan juga menguruskan pelbagai perkhidmatan berlainan seperti pemasaran, pengurusan acara dan lain-lain lagi.

Syarikatnya telah melancarkan kira-kira 400 buku dan dijual di 37 negara yang berlainan. Apa yang menariknya, kebanyakan cabang bisnes yang diceburi beliau bukanlah bidang kepakaran beliau namun Lisa berjaya dalam setiap bisnes baharu yang dibukanya. Berikut adalah petua kejayaan Lisa.

#1-Beranikan
Diri

7 Petua Kejayaan Lisa Messenger 2

Terlalu ramai
orang hidup dalam ketakutan dan takut untuk mencuba sesuatu yang baharu.
Usahawan sejati adalah seseorang yang berupaya untuk melihat industri yang
berlainan dengan cara yang berlainan. Jika anda sentiasa memberanikan diri
mengambil risiko, anda akan menjadi seorang usahawan yang tabah dan tidak mudah
berputus asa.

#2-Jangan
Takut Untuk Gagal

7 Petua Kejayaan Lisa Messenger 3

Ramai usahawan
cuba sedaya upaya untuk gagal namun menurut Lisa, anda harus gagal dengan kerap
untuk menjadi usahawan yang bagus. Lagi bagus sekiranya anda gagal dengan cepat
selepas melakukan sesuatu yang baharu supaya anda tidak bazirkan masaa untuk
pulih dan dapat mengambil pengajaran dengan cepat. Apa yang penting sepanjang
proses kegagalan, anda bertemu dan dikelilingi dengan orang yang tepat.

#3-Mindset
Yang Tepat

7 Petua Kejayaan Lisa Messenger 4

Semua yang
dimpikan boleh dicapai dengan mudah, anda hanya perlukan mindset yang betul. Jika
anda setkan segalanya kearah matlamat anda, apa sahaja akan dapat dilakukan
dengan mudah malah anda akan dibantu dengan perkara-perkara dan orang yang akan
hadir dan dipertemukan dengan anda dalam proses kejayaan hidup anda.

#4-Belajar
Tanpa Henti

7 Petua Kejayaan Lisa Messenger 5

Apa yang
membezakan pekerja robot dan pekerja manusia adalah kreativiti dan komunikasi.
Robot hanya melakukan perkara yang sudah disetkan kepada mereka manakala
manusia boleh bertindak mengikut situasi. Untuk sentiasa maju, pembaharuan
perlu dilakukan dari semasa ke semasa. Oleh itu, kita sentiasa perlukan
maklumat yang baharu untuk melakukannya. Lihat sahaja tokoh-tokoh usahawan
dunia, sesibuk mana sekalipun mereka, pasti mereka akan belajar dan membaca
setiap hari.

#5-Minat Yang
Mendalam

7 Petua Kejayaan Lisa Messenger 6

Sebagai usahawan, anda akan berfikir mengenai bisnes anda sepanjang masa, tanpa minat yang mendalam anda tidak akan bertahan dengan lama. Jika anda meminatinya dengan mendalam, pelbagai idea baharu akan datang mencurah-curah untuk anda membuatkan bisnes anda lebih menarik.

#6-Jelas
Dengan Tujuan Anda

7 Petua Kejayaan Lisa Messenger 7

Jadi usahawan
bukan sekadar mengikut orang atau ingin kaya. Anda boleh fikirkan satu sebab
yang bernilai kenapa anda menceburi bidang bisnes. Jika hanya sekadar
berorientasikan keuntungan, anda anda bosan dengan mudah, sebaliknya jika anda
menjadi usahawan kerana mahu mahu memanfaatkan orang lain, anda akan berasa
lebih gembira. Ia juga akan menjadi faktor yang kuat kenapa anda harus kekal
bertahan dalam bisnes.

#7-Aksi Bukan
Fantasi

7 Petua Kejayaan Lisa Messenger 8

Anda sudah
banyak membaca, banyak bereksperimentasi, banyak bertanya, banyak melabur,
banyak mengkaji, anda sudah bersedia? Lakukan sahaja. Bertindak sekarang
sebelum anda kehilangan peluang. Jika anda rasa masih ada persiapan yang tidak
lengkap, anda ragu-ragu, jangan berhenti, terus lakukannya, anda akan bertambah
sedia sepanjang proses pelaksanaan rancangan anda.

Penulis:
Nadia Nazri





Source link