Aset Yang Anda Perlu Ada Dalam Bisnes 1

Aset selalunya bermaksud harta kita yang boleh dijual dan mempunyai nilai tertentu. Amat penting untuk seorang usahawan memiliki sebanyak aset yang boleh sebagai jaminan untuk operasi dalam bisnes berjalan dengan baik. Namun, selain aset yang berunsur material, anda juga harus memiliki aset yang lain untuk berjaya dalam bisnes. Baca selanjutnya.

#1- Keazaman
Anda Adalah Aset Utama

Aset Yang Anda Perlu Ada Dalam Bisnes 2

Keazaman anda
adalah perkara yang paling penting dalam syarikat. Keazaman yang bagaimana?
Keazaman untuk membina bisnes yang baik dan memberikan impak sosial yang bagus.
Bisnes yang bagus adalah bisnes yang memberi kembali kepada masyarakat dan
membantu mereka yang memerlukan. Pasti ada sesuatu yang menarik yang boleh
ditawarkan oleh syarikat anda, produk anda, tim anda kepada masyarakat.

Asal ada
kemahuan pasti ada jalan, kerana apabila ingin melakukan perkara yang baik,
anda memerlukan keinginan dan azam yang besar untuk merealisasikannya. Buka
bisnes bukan perkara mudah, untuk memastikan bisnes anda berimpak juga sukar
tanpa nekad yang sebenar.

#2-Sumber
Motivasi

Aset Yang Anda Perlu Ada Dalam Bisnes 3

Untuk pastikan anda kekal bersemangat menghadapi cabaran dalam bisnes, anda perlu kekal bermotivasi. Justeru, anda harus mengetahui dari mana motivasi anda tercetus. Lain orang lain sumber motivasinya.

Ada yang menjadikan targetnya sebagai motivasi untuk terus maju, ada yang menjadikan pesaingnya sebagai  motivasi, ada yang berasakan keluarganya adalah sumber motivasi yang terhebat untuk terus berusaha dan meluaskan bisnes.

Pastikan apabila anda berasa lemah semangat atau penat, cari balik sumber motivasi anda kerana ini adalah aset penting untuk mengerakkan diri anda waktu sukar.

#3-Budaya
Syarikat Yang Kuat

Aset Yang Anda Perlu Ada Dalam Bisnes 4

Untuk pastikan bisnes berjaya, anda haruslah dibantu oleh orang-orang yang tepat. Baik dari segi kelayakan akademik, pengalaman kerja, sikap, mentaliti dan sebagainya. Adalah penting untuk anda dikelililingi oleh orang yang sama visi dengan anda.

Jadi, apabila anda mempunyai rakan kongsi atau tim pekerja anda sendiri, anda harus memastikan mereka terbiasa dengan budaya organisasi dalam syarikat yang anda mahukan. Apabila mereka sudah mengamalkan budaya yang anda terapkan, anda akan bergerak dengan lebih mudah dan selari dengan mereka yang berperanan untuk membantu anda berjaya.

#4-Semangat
Kerja Dalam Pasukan

Aset Yang Anda Perlu Ada Dalam Bisnes 5

Apabila dah bergelar seorang usahawan, jangan berkeras untuk melakukan kesemuanya sendiri. Mungkin anda sorang yang berdikari namun tidak ada seorang usahawan yang berjaya tanpa bekerjasama atau menerima bantuan orang lain. Anda harus belajar percayakan orang lain secara bersederhana.

Pekerja anda juga akan gembira jika mereka diberikan kepercayaan melakukan tugas-tugas penting yang tertentu. Dibantu orang lain bukan bermakna anda lemah tetapi menunjukkkan anda seorang yang bijak kerana bersikap terbuka dan berani mencuba dengan semua peluang yang muncul di depan mata.

Penulis:
Nadia Nazri





Source link