Cara Untuk Tingkatkan Produktiviti Bisnes 10x Ganda Lebih Bagus 1

#1- Mindset
Positif

Cara Untuk Tingkatkan Produktiviti Bisnes 10x Ganda Lebih Bagus 2

Segala-galanya bermula dengan niat dan fikiran. Sehebat atau secekap mana pun anda dalam melakukan sesuatu, namun jika niat atau fikiran anda salah, pasti akan memberi kesan tertentu kepada produktiviti anda pada jangka masa yang panjang.

Jika anda bekerja sebagai seorang guru atau menjadi usahawan, akan tetapi niat anda untuk mendapatkan wang, pasti anda akan bosan dan kepenatan apabila anda tidak mendapat jumlah wang yang anda inginkan atau apabila tugas anda berlambak-lambah melebihi wang yang anda perolehi setiap bulan.

Sebaliknya, jika
anda suka dengan apa yang anda lakukan dan niat anda adalah ikhlas, untuk
melakukan yang terbaik, pasti tiada masalah buat anda untuk bertahan dalam apa
jua situasi. Anda sentiasa bertenaga dan bermotivasi untuk memberikan yang
terbaik dan sekaligus, produktiviti anda sentiasa di garisan optimum.

#2-Jangan
Terlalu Keras Dengan Diri

Cara Untuk Tingkatkan Produktiviti Bisnes 10x Ganda Lebih Bagus 3

Kadang-kadang, jika kita terlalu berkerja kuat, kita mudah berasa tertekan. Mungkin kita tidak perasan akan tetapi orang di sekeliling boleh perasan. Mungkin kerana terlalu memaksa diri untuk kekal produktif, kita terlebih guna tenaga yang ada, kita berasa letih, lesu, dan mudah marah.

Mungkin kita hadkan masa peribadi kita seperti berehat, menonton TV, update di media sosial dan lain-lain kerana mahu memberi sepenuh tumpuan bagi menyiapkan kerja kita. Mungkin satu cara yang bagus untuk mengelakkan gangguan dan membantu untuk fokus namun, jika kerap dilakukan, dikhuatiri kita mula hilang identiti diri.

Kita mula merasakan hidup kita tidak seceria dahulu. Tidak salah mahu menunjukkan prestasi kerja atau bisnes yang bagus akan tetapi jangan sampai memakan diri. Ambil masa untuk berehat dan lakukan sesuatu sebagai penghargaan kepada diri sendiri.

Siapa lagi yang patut hargai kita sepenuhnya melainkan diri sendiri. Tidak mengapa jika tersasar sekali-sekala atau terlajak habiskan masa untuk perkara lain seperti bercuti atau bersiar-siar. Anggaplah sebagai ‘reward’ anda. Mungkin produktiviti anda menurun seketika tetapi percayalah, peratusan produktiviti anda akan meningkat jauh lebih baik selepas itu.

#3-Amalkan
Gaya Hidup Yang Betul

Cara Untuk Tingkatkan Produktiviti Bisnes 10x Ganda Lebih Bagus 4

Apa kaitan makan dengan produktiviti? Apa yang kita makan akan jadi darah daging kita dan badan kita akan bertindak dengan apa yang kita makan. Sekiranya kita makan makanan yang sihat dan aktif bersenam, sudah pasti kita sihat dan bertenaga.

Sebaliknya kalau makanan yang diambil tidak seimbang, dikhuatiri kesihatan akan terjejas dan sudah pasti kita tidak dapat melakukan tugas seperti biasa. Nabi Muhammad s.a.w pernah berpesan, berhentilah makan sebelum kenyang. Itu adalah nasihat yang paling terbaik untuk kesihatan kita. Pernah tak anda makan terlalu banyak dan kemudian rasa mengantuk? Sudah pasti pernah bukan?

Makanan berkait rapat dengan produktiviti. Jagalah makanan dan kesihatan anda bererti anda turut menjaga produktiviti anda dengan baik. Tidak perlu beli suplemen pun. Makanan sihat semulajadi seperti sayur-sayuran, buah-buahan, fiber dan lain-lain sudah cukup untuk keperluan tubuh anda. Kalau sudah rasa tertekan, anda boleh tenangkan diri dengan riadah atau gunakan aromaterapi.

#4-Lantik
Auditor Untuk Semak Prestasi Semasa

Cara Untuk Tingkatkan Produktiviti Bisnes 10x Ganda Lebih Bagus 5

Jika di tempat kerja, ada pegawai atasan atau bos besar yang akan memantau prestasi kita dari masa ke semasa, jadi anda sentiasa berusaha untuk kekal produktif. Namun, jika bekerja sendiri, usahawan terutamanya, kadang-kadang kita terlalu ambil mudah dengan masa dan usaha kita. Mungkin kita tidak berusaha sepenuhnya atau boleh jadi kita terlebih usaha tetapi salah, dan banyak lagi kemungkinan yang lain.

Jadi sebaiknya, maklumkan kepada orang yang boleh dipercayai, tidak kiralah ahli keluarga atau sahabat kita mengenai perkara yang kita sedang usahakan dan biar mereka sentiasa memberi sokongan kepada anda. Anda juga boleh minta mereka ingatkan anda untuk melakukan apa atau meminta nasihat mereka.

Setiap kali mereka bertanya kepada anda mengenai perkembangan aktiviti anda, pasti produktiviti anda akan meningkat selepas itu. Sebab? Kerana mereka mengingatkan kita tentang apa yang sedang dibuat dan perlu dibuat dan juga kerana kita tidak mahu misi kita gagal,tambah-tambah sampai ke pengetahuan mereka. Jadi kita akan berusaha sepenuh hati, betul?

Penulis: Nadia Nazri





Source link