Guna Kuasa Imaginasi Untuk Mimpi Jadi Realiti 1

Semua orang ada impian, mimpi, cita-cita dan angan-angannya yang tersendiri. Kita mahukan perkara yang kita rasa akan buatkan kita gembira dan bahagia. Tidak kisahlah sama ada perkara yang kita mahukan itu bersifat materialisitik atau abstrak.

Tidak semua perkara yang kita inginkan dalam dunia akan kita dapat akan tetapi tidak salah jika kita berusaha untuk mendapatkannya selain berdoa dan bertawakal kepada Allah. Antara cara untuk mendapatkannya adalah dengan menggunakan kuasa imaginasi atau kuasa mental imej. Bagaimana?

#1- Percaya
Sepenuhnya

Guna Kuasa Imaginasi Untuk Mimpi Jadi Realiti 2

Kita harus jelas
dengan apa yang kita inginkan. Ada perbezaan besar antara angan-angan kosong
dengan angan-angan yang berisi. Jika kita berangan ingin jadi jutawan, atau
ingin jadi tuan puteri sebelum masuk tidur dan hanya membayangkan
perkara-perkara menarik yang kita boleh lakukan jika kita menjadi mereka sambil
tersengih dan khalayan tersebut terhenti di situ sahaja, tiada gunanya. Jangan
terus berangan untuk menjadi seseorang atau mendapat sesuatu tanpa ada melalui proses
tertentu.

Anda harus fokus
dan percaya sepenuhnya dengan impian anda namun sebelum itu pastikan anda ada
idea yang spesifik tentang apa yang anda ingin mahukan dan bakal lakukan untuk
mencapainya.

Mungkin anda
rasa imaginasi tidaklah sepenting mana berbanding mengambil tindakan untuk
melakukannya akan tetapi, hasil kajian mendapati yang imaginasi sangat penting
dalam mengerakkan anda untuk mencapai sesuatu yang diidamkan.

Apabila anda membayangkan sesuatu secara mendalam dan menyeluruh, lebih senang untuk anda mencapainya kerana secara tidak langsung, anda akan terlihat proses-proses dan langkah yang anda harus ambil untuk mendapatkannya. Hampir apa sahaja. Jika anda rasa angan-angan untuk menjadi kaya atau menjadi tuan puteri itu adalah sesuatu yang remeh dan sukar untuk tercapai, lihat sahaja Oprah Winfrey dan Meghan Markle.

Untuk membina imaginasi hebat, anda kena guna kesemua deria anda, lihat dan visualkan apa yang anda lakukan untuk merealisasikan impian anda dan cuba bayangkan perasaan anda semasa dan selepas melakukan sesuatu tindakan untuk mencapai apa yang dimahukan. Deria melihat, mendengar, dan merasai ini akan bantu untuk buat anda lebih bersemangat dan lebih jelas untuk mengambil keputusan dan tindakan dan berjaya.

#2-Kenal
Pasti Langkah Yang Harus Diambil

Guna Kuasa Imaginasi Untuk Mimpi Jadi Realiti 3

Untuk mendapatkan sesuatu, kita harus bersedia untuk memberikan sesuatu terlebih dahulu. Dalam konteks ini, anda tidak boleh mengharapkan angan-angan Mat Jenin anda terlaksana tanpa ada sebarang pelaburan daripada anda. Pelaburan boleh jadi masa, tenaga, buah fikiran, dan lain-lain.

Jika seorang pekerja ingin dinaikkan pangkat dan menjadi orang besar dalam syarikat, sudah pasti kita bukan sekadar melakukan pekerjaan kita seperti biasa sebaliknya kita melipatgandakan usaha kita, menjaga tingkah laku di tempat kerja serta melakukan hal-hal yang luar biasa atau ekstra daripada kebiasaan dan banyak lagi.

Ini adalah antara usaha dan juga strategi untuk pekerja tersebut membina kredibiliti dan meningkatkan prestasi. Barulah dia layak untuk merealisasikan impiannya. Sudah tentu ada cara yang baik atau buruk untuk mencapai sesuatu yang diinginkan akan tetapi sudah tentulah cara terbaik adalah usaha yang baik, adil dan berterusan.

Sebaliknya, wajarkah seseorang itu mendapat kenaikan pangkat besar sekiranya malas dalam melakukan kerja, asyik ponteng dan mengadu domba mengenai orang lain? Pastikan angan-angan anda konsisten dengan fikiran dan tindakan anda, barulah jalan untuk berjaya akan terbuka dengan luas.

#3-Sentiasa
Optimis Dengan Imaginasi Anda

Guna Kuasa Imaginasi Untuk Mimpi Jadi Realiti 4

Setelah
berimaginasi dengan luas dan jelas, pastikan anda positif secara konsisten.
Bayangkan perkara yang bakal berlaku dengan positif malahan jika tindakan yang
telah diambil juga gagal membuahkan hasil, jangan terhenti di situ, teruskan
bersangka baik dan positif dengan imaginasi, usaha dan keputusan yang
diperoleh.

Gagal sekali bukan gagal selamanya. Jika pengasas KFC gagal sebanyak 1009 kali sebelum  berjaya membuka kedai ayang goreng yang terkenal di dunia, mengapa tidak anda? Jika anda tidak mampu untuk bertahan dan mempositifkan diri sepanjang masa, maka mungkin anda tidak sesuai untuk menceburi bidang bisnes.

Teruskan berimaginasi, visualkan diri anda mencapai kejayaan dan janganlah berhenti dan berdoa untuk memperolehnya. Pasti anda akan dapat yang anda mahukan dengan nekad.

Sumber Rujukan:

https://greatperformersacademy.com/habits/7-simple-ways-to-use-visualization-to-make-your-dreams-a-reality#at_pco=smlwn-1.0&at_si=5d36c0ac9362d5e1&at_ab=per-2&at_pos=0&at_tot=1

Penulis:
Nadia Nazri





Source link