Kisah Kejayaan Bilionair Malaysia; Tan Sri Lim Wee Chai 1

Jika mendengar
nama syarikat Top Glove, rata-rata orang akan mengenali nama syarikat ini dan
hampir semua orang tahu yang syarikat ini merupakan syarikat pengeluar sarung tangan
perubatan yang terkenal. Tahukah anda yang syarikat Top Glove ini merupakan
pengeluar sarung tangan perubatan yang terbesar di dunia? Mari ikuti kisah
lanjut kejayaan pengasas dan juga pengerusi syarikat ini, Tan Sri Lim Wee Chai.

#1-Profil Tan
Sri Lim Wee Chai

Kisah Kejayaan Bilionair Malaysia; Tan Sri Lim Wee Chai 2

Tan Sri Lim Wee
Chai merupakan graduan ijazah sarjana muda dalam Bachelor of Science in Physics
(Honours), University of Malaya (UM), pada tahun 1982. Pekerjaan pertamanya
selepas bergraduasi adalah sebagai ‘sales manager’ di O.Y.L. Industries Group
selama 5 tahun. Beliau kemudian melanjutkan pelajaran dalam Master of Business
Administration, di Sul Ross State University, US, pada tahun 1985.

Setelah tamat
pengajian, Tan Sri Lim mendapati ada peluang yang besar dalam bidang penjagaan
kesihatan terutamanya dalam pembuatan sarung tangan getah untuk keperluan
perubatan yang pada ketika itu mendapat permintaan yang tinggi. Untuk merebut
peluang ini, Tan Sri dan isterinya mengasaskan Top Glove Sdn Bhd, yang mula
mengeluarkan sarung tangan getah untuk keperluan pasaran bermula pada tahun
1991.

#2-Mula
Menceburi Bisnes Dengan Serius

Kisah Kejayaan Bilionair Malaysia; Tan Sri Lim Wee Chai 3

Pada tahun 1991,
sebagai pemain baharu dalam industri, Tan Sri Lim berhadapan dengan banyak
cabaran. Pengalamannya dalam industri tidaklah banyak dan ilmu yang dia perolehi
semasa melanjutkan sarjana dalam MBA di UM dan pengalaman kerjanya sebanyak 5
tahun banyak membantunya untuk belajar dengan cepat dan semaksima mungkin.

Hasil usaha keras mereka dengan menggunakan modal bisnes yang menggunakan wang simpanan mereka sebanyak RM 180,000, mereka berjaya mengembangkan bisnes mereka ke luar negara setelah berhempas pulas menambah-baik produk yang melepasi piawaian US FDA.

Syarikat Top Glove juga telah tersenarai dalam Bursa Saham Kuala Lumpur dan Sinngapore Exchange Board pada tahun 2001 yang mana membantu meningkatkan imej mereka sekaligus meningkatkan keyakinan pelanggan untuk berurusan dengan mereka.

#3-Pencapaian
Top Glove Sdn.Bhd

Kisah Kejayaan Bilionair Malaysia; Tan Sri Lim Wee Chai 4

Bermula daripada pasangan suami isteri yang berstatus biasa menguruskan bisnes kecil yang bersifat glokal, Top Glove telah menjadi pengeluar sarung getah terbesar di dunia.

Top Glove kini mempunyai 42 kilang, serta dari 3 produksi pengeluaran meningkat kepada 682 produksi pengeluaran yang berkeupayaan mengeluarkan 63.9 billion sarung tangan getah setiap tahun. Syarikat ini mempunyai 11,000 orang pekerja di Malaysia, Thailand, China, Indonesia, US dan Jerman. Bilangan pelanggan mereka adalah lebih daripada 2,000 di hampir 195 buah negara.

Produk syarikatnya mendapat permintaan yang tinggi di negara Barat seperti di US dan UK dan Tan Sri Lim percaya, hasil jualan mereka akan meningkat dan bisnes mereka akan berkembang lagi berikutan permintaan yang semakin banyak di negara Asia.

Syarikat ini menyasarkan meningkatkan pasaran sahamnya sebanyak 30% pada tahun hadapan dan tersenarai Fortune Global 500 Company pada tahun 2040. Kini, nilai pasaran mereka bernilai 11.6 billion ringgit dan mereka mendapat purata keuntungan sebanyak 3.6 billion ringgit setiap tahun.

#4-Nasihat
Kepada Orang Muda

Kisah Kejayaan Bilionair Malaysia; Tan Sri Lim Wee Chai 5

Bagi belia di luar sana, Tan Sri Lim berpesan, mereka harus bekerja keras, jangan pernah berhenti belajar dan jangan sesekali menyerah kalah. Ini adalah prinsip hidup yang beliau amalkan dan juga merupakan antara faktor kejayaan kepada syarikat Top Glove sendiri. Tan Sri sangat prihatin dengan kebajikan pekerja dan sangat mementingkan budaya organisasi yang positif.

Untuk mereka yang mahu bekerja di syarikatnya, graduan tersebut hendaklah mempunyai mindset yang berkualiti, sentiasa mahu menambah nilai diri dan siap siaga untuk melaksanakannya 100% pada setiap hari. Buat para usahawan pula, Tan Sri Lim berpesan, sebagai usahawan, anda harus bersedia menghadapi perubahan dalam bisnes dari masa ke semasa.

Tan Sri sangat prihatin dengan kebajikan pekerja dan sangat mementingkan budaya organisasi yang positif. Untuk mereka yang mahu bekerja di syarikatnya, graduan tersebut hendaklah mempunyai mindset yang berkualiti, sentiasa mahu menambah nilai diri dan siap siaga untuk melaksanakannya 100% pada setiap hari. Buat para usahawan pula, Tan Sri Lim berpesan, sebagai usahawan, anda harus bersedia menghadapi perubahan dalam bisnes dari masa ke semasa.

Anda juga harus bersedia untuk mendepani permintaan pelanggan , tekanan untuk meningkatkan produktiviti dan pada masa yang sama mengekal kos pada harga terendah. Kita harus terbuka dalam situasi bisnes yang sentiasa berubah-ubah ini dan mengadaptasinya untuk kekal relevan sebagai pemain industri.

Untuk melakukan sesuatu, jangan terburu-buru, buat dahulu kajian untuk mengetahui potensi sesuatu yang ingin diusahakan. Sebelum pasangan suami isteri ini melaburkan wang simpanan mereka seumur hidup pada tahun 1991, mereka membuat kajian terlebih dahulu sebelum membuat rancangan dan melaksanakannya. Ini adalah perkara yang para usahawan di luar sana harus contohi. Yang penting, jangan pernah mengalah, katanya lagi.

Sumber
rujukan:

https://www.topglove.com/corporate-profile/

https://asia.nikkei.com/Companies/Top-Glove-Corp.-Bhd

Penulis:
Nadia Nazri





Source link