Kisah Kejayaan Pemuzik Klarinet Berhutang Untuk Buka Bisnes Bernilai 700 juta dollar. 1

Siapa sangka, James Freeman pada asalnya hanyalah seorang pemuzik klarinet dan gemar membuat kopi kini memiliki bisnes sendiri. Malah, syarikat gergasi Nestle juga turut membeli saham dalam syarikat ini. Pengasas kepada Blue Bottle Coffee, rangkaian kopi di seluruh dunia ini kini memiliki 75 cawangan di seluruh dunia.

Baca selanjutnya kisah kejayaan beliau.

#1-Kesukaran
Hidup Freeman

Kisah Kejayaan Pemuzik Klarinet Berhutang Untuk Buka Bisnes Bernilai 700 juta dollar. 2

Freeman amat menggemari muzik namun untuk bergantung sepenuhnya kepada muzik untuk menampung kehidupannya, tidak banyak yang diperolehnya dan beliau bergelut dengan kesukaran untuk ‘survive’.

Beliau gemar memanggang biji kopinya sendiri dan obsess dengan minuman kopi yang segar dan baru dibru. Freeman tidak suka minum kopi dari mana-mana kafe kerana merasakan mereka memanggang biji kopi terlalu lama dan rasanya tidak enak.

Pada tahun 2002, Freeman masih bergelut dengan kemiskinan dan dengan melakukan kerja sambilan bermain clarinet di dalam okestra. Duit yang diperolehi hanya cukup-cukup untuk membayar bil-bil. Namun, ketika tidak bekerja, kebanyakkan masanya dihabiskan untuk berekperimen dengan memanggang kopi dan mendapatkan rasa kopi yang terbaik.

Pada masa yang sama, beliau tertanya-tanya jika ada orang lain yang sama obses sepertinya, mahukan kopi yang berkualiti tinggi dan hanya yang terbaik. Sering bereksperimen dalam apartmen kecilnya, kawan Freeman memberitahunya, industri kopi sudah terlalu ramai pesaing dan sukar untuk membuka bisnes tersebut. Freeman juga sedar sudah ada beberapa penjual kopi di kawasannya yang turut mengakui kopi mereka adalah segar dan terbaik.

#2-Daripada
Obses Menjadi Bisnes

Kisah Kejayaan Pemuzik Klarinet Berhutang Untuk Buka Bisnes Bernilai 700 juta dollar. 3

Meskipun menyedari pasaran kopi semakin sengit, Freeman memutuskan untuk membuka bisnes kopinya sendiri. Beliau menyewa premis berdekatan apartmennya dengan kadar sewa 600 dolar sebulan. Beliau juga turut membeli mesin pemanggang kopinya sendiri.

Sebagai permulaan untuk bisnes, beliau turut berhenti daripada menjadi seorang pemuzik dan mula bekerja sebagai barista. Dia mula menjual biji kopi yang dipanggang sendiri dan minuman kopi sendiri di sekitar pasar berdekatan.

Membuka bisnes
bukanlah satu perkara yang mudah apatah lagi Freeman bukanlah seorang yang berduit.
Untuk membuat kopi memerlukan banyak kos seperti mesin pemanggang, biji kopi
mentah, pemasaran, logistik dan banyak lagi. Beliau melaburkan segalanya yang
beliau miliki untuk mengendalikan bisnes ini termasuklah berhutang melalui kad
kredit sebanyak 15,000 dolar.

#3-Keputusan
Berisiko Yang Indah

Kisah Kejayaan Pemuzik Klarinet Berhutang Untuk Buka Bisnes Bernilai 700 juta dollar. 4

2 tahun selepas berhempas-pulas bereksperimen dan berbisnes, pada satu hujung minggu, pelanggan mula beratur panjang untuk membeli kopi buatannya. Dalam kalangan penduduk tempatan, kopinya mula popular dan menjadi viral.

Melihatkan sambutan yang menggalakkan daripada pelanggan, Freeman melihat potensi yang ada dalam bisnesnya untuk pergi lebih jauh. Setahun kemudian, Freeman membuka sebuah kedai di dalam garaj di tengah-tengah San Fransisco.

Walaupun kafenya tidaklah begitu gah namun kopi buatannya mendapat sambutan yang hangat. Antara pelanggannya adalah CEO syarikat Twitter iaitu Evan Williams yang kemudiannya turut melabur dalam syarikat Freeman kerana turut menyukai produknya. 

#4-Belajar
Untuk Cekap Dalam Bisnes

Kisah Kejayaan Pemuzik Klarinet Berhutang Untuk Buka Bisnes Bernilai 700 juta dollar. 5

Freeman bukanlah seorang yang tahu selok-belok bisnes dengan meluas. Namun dia tahu yang dia telah mengorbankan segalanya untuk bisnes dan dia tidak seharusnya gagal. Jadi, dia berusaha keras untuk menjayakan bisnesnya. Setiap bulan, dia akan memastikan akan ada sejumlah wang yang tinggal dalam akaun bank.

Hasilnya, syarikatnya berkembang dan Freeman kini memiliki rangkaian kafe di New York, L.A, Tokyo dan juga di Korea. Freeman berjaya mendapatkan tajaan dana daripada pelabur luar dan apa yang menarik, pelaburnya terdiri daripada orang yang hebat-hebat seperti pengasas Twitter, Google, Instagram, penyanyi dan lain-lain lagi. 

Bryan Meehan, salah seorang usahawan dari Ireland turut melabur kerana menyukai konsep yang dibawa oleh Freeman dan dan menjadi CEO  syarikat tersebut dan menjual majoriti saham kepada syarikat gergasi Nestle.  Kerjasama Freeman dan CEOnya berjaya melonjakkan produk ini hingga ke peringkat antarabangsa.

Formula kejayaan Freeman dan syarikatnya Blue Bottle adalah keunikan produk, keberanian mengambil risiko, kualiti produk yang tinggi seperti yang dijanjikan, lokasi dan memenuhi permintaan pelanggan.

Sumber rujukan:

https://www.cnbc.com/2019/07/12/blue-bottle-coffee-went-from-single-coffee-cart-to-700-million-brand.html?__source=facebook%7Cmain&fbclid=IwAR0uQxiKwhjqXWBUcXu7NNrIJ9nUcqIYgcWy29jmaLzZAcqjoZDTEFhbPvA

Penulis:
Nadia Nazri





Source link