Penjual Kopi Terkaya Di Dunia Berasal Daripada Keluarga Miskin 1

#1-Siapa
Howard Scultz?

Penjual Kopi Terkaya Di Dunia Berasal Daripada Keluarga Miskin 2

Mungkin tidak semua orang mengenali 
Howard Schultz akan tetapi semua orang pasti mengenali jenama . Bermula
dari tahun 1980s , Schultz melakukan penjenamaan terhadap produknya dan
syarikat kopi biasa itu mula terkenal di seluruh dunia.

11 buah kedai, Schultz berjaya meluaskan empayar jenamanya
kepada 28, 000 cawangan di seluruh dunia. Hebat bukan? Starbucks bukan sahaja
menjadi tempat untuk orang membeli dan merasai aroma kopi malah menjadi tempat
pertemuan sosial utama dalam kalangan rakyat Amerika.

Beliau juga pengasas kepada Schultz Family Foundation, sebuah badan
yang melatih orang muda dan warga emas untuk pelbagai aktiviti kesukarelawanan
dan kemasyarakatan setempat.

Pada awal tahun ini, Schultz mengumumkan minatnya untuk terjun ke
dalam dunia politik dan bertanding untuk jawatan Presiden pada tahun hadapan.
Bagaimanapun, rancangannya itu mungkin ditunda kerana beberapa masalah yang
melandanya seperti masalah kesihatan dan peribadi.

Shultz dilahirkan di Brooklyn, New York. Beliau merupakan graduan
lulusan Northern Michigan University dalam jurusan komunikasi. Beliau mendapat
biasiswa untuk belajar di universiti dengan menggunakan tiket sebagai atlet.
Beliau aktif bersukan ketika zaman belajarnya sehinggalah pada waktu kini.
Setelah tamat pengajian, beliau bekerja sebagai seorang jurujual di syarikat
pengeluar mesin kopi terkenal di AS, Hammarplast .

#2-Dunia
Kareer Kopi Scultz Bermula

Penjual Kopi Terkaya Di Dunia Berasal Daripada Keluarga Miskin 3

Kejayaannya bermula apabila dia berjaya menjual banyak mesin  dan biji kopi di kawasan Seattle berbanding
di tempat lain, di sebuah kafe kecil iaitu Starbucks Coffee Tea and Spice
Company. Hasilnya, jualan yang meningkat semakin hari dari kedia kopi kecil di
Seatle membantunya mendapatkan kenaikan pangkat yang mendadak dan dia berjaya
menjadi menjadi Pengarah Pemasaran bagi syarikat Starbucks pada tahun 1982. 5
tahun kemudian, dia membeli  syarikat
tersebut dan menjadi CEO serta Pengerusi syarikat.

#3-Sejarah Starbucks Yang Sebenar

Penjual Kopi Terkaya Di Dunia Berasal Daripada Keluarga Miskin 4

Starbucks pada asalnya bermula di Seatle dan diasaskan oleh Jerry
Baldwin, Gordon Bowker dan jiran mereka, Zev Siegl. Kedai biji kopi ini bermula
dari tahun 1971 lagi dan terkenal di kawasan Seatle. Pada waktu itu, mereka
bertiga menggunakan imej ikan duyung sebagai logo kedai mereka. 10 tahun
kemudian, Schultz menjejakkan kaki di tempat kopi yang istimewa bagi penduduk
setempat di sana dan merasai perasaan dan pengalaman yang unik dan berbeza
semasa berkunjung ke sana buat kali pertama. 

Setahun kemudian, Schultz dinaikkan pangkat dan dia mencadangkan
pembaharuan kepada syarikatnya di mana mereka tidak sepatutnya hanya menjual
biji kopi, sebaliknya turut menjual minuman kopi tersebut.

Pengasas asal Starbucks sememangnya menjual minuman kopi akan tetapi
bisnes utama mereka adalah menjual bisnes kopi kepada orang ramai dan mereka
belum bersedia untuk bertukar sepenuhnya seperti yang dicadangkan oleh Schultz.

Namun, kerana kedegilan Schults, beliau tetap membuka bar kopinya di
dalam kedai tersebut dan menariknya, idea ini mendapat sambutan. Kafe kopi atau
rumah kopi menjadi trend baharu yang terkenal di Seatle bermula pada tahun
1984.

Namun, sayangnya, pengasas asalnya Starbucks tidak mahu mengubah
konsep bisnes mereka meskipun melihat kejayaan kecil Schultz dengan barnya yang
semakin hari semakin popular. Oleh itu, Scultz berhenti dan membuka rangkaian
kafenya sendiri, Giornale, yang turut mendapat sambutan. .

#4-Starbucks
Moden Mula Mengorak Langkah Besar

Penjual Kopi Terkaya Di Dunia Berasal Daripada Keluarga Miskin 5

Impian Schultz tidak dilupakan begitu sahaja dan dia berpeluang
membeli Starbucks dengan bantuan pelabur dan menggabungkan jenama kopinya
dengan Starbucks.

Untuk tujuan ini, dia menjanjikan kepada pelabur yang kopi keluaran
Starbucks akan dijual pada harga yang lebih mahal dari kebiasaan.

Oleh itu, beliau turut menjanjikan kualiti kopi yang terbaik pada
harga yang terbaik kepada pelanggan. Misinya bukan sekadar untuk memenuhkan
perut akan tetapi turut juga memuaskan jiwa pelanggan. 

Ternyata, percaturannya mencipta kelainan dalam industry kopi
membuahkan hasil. Pada tahun 2006, dia tersenarai dalam majalah Forbes dalam
senarai “Forbes 400”.

Beliau terus berjaya sehingga ke hari ini sehingga menjadi rangkaian
minuman kopi yang terkenal dan paling terbanyak di dunia. Beliau yang asalnya
dari keluarga yang miskin namun berjaya menjadi yang pertama dalam keluarga
memasuki universiti kini berjaya menjadi orang pertama penting dalam dunia kopi
sedunia.

Beliau dianggarkan mempunyai nilai kekayaan sebanyak 4.4 billion dan
memiliki syarikat yang bernilai hampir 35 billion. 

Sumber
rujukan:

https://greatperformersacademy.com/motivation/the-inpirational-stories-of-10-self-made-billionaires-who-grew-up-poor

https://www.biography.com/business-figure/howard-schultz

Penulis:
Nadia Nazri





Source link