Petua Hilangkan Rasa Takut Dalam Diri 1

Rasa takut? Pernah alaminya bukan? Kita akan mudah berasa takut apabila melakukan sesuatu yang baharu atau sesuatu yang kita tidak mahir. Malah, kita juga boleh rasa takut hatta melakukan sesuatu yang kita mahir apabila kita gemuruh.

Pokoknya, rasa takut adalah normal bagi setiap individu, sayang jikalau rasa takut yang kita alami itu tidak dapat dikawal dengan baik dan mempengaruhi prestasi kita. Ayuh baca petua untuk hilangkan rasa takut dan kawal diri anda dengan baik pada saat-saat yang diperlukan.

#1-Akui Anda
Takut & Berdamai Dengannya

Petua Hilangkan Rasa Takut Dalam Diri 2

Kenapa kita tidak berjaya untuk melakukan sesuatu yang kita mahukan? Sebab kita takut. Kita takut untuk gagal dan sebenarnya kita takut untuk berjaya. Mungkin disebabkan ego, kita sukar untuk mengakui ketakutan kita sendiri. Jadi, kita biasa pendamkan atau cuba untuk nafikan apa sebenarnya yang kita rasa.

Jadi, langkah pertama untuk buang rasa takut daripada kerap menghantui diri adalah dengan menerima perasaan takut itu dengan hati terbuka. Akui ketakutan anda sendiri dan kesannya kepada anda. Berdamailah dengan rasa takut itu meskipun mungkin timbul kerana kelemahan diri sendiri.

Apabila kita sudah mengenal pasti ketakutan kita sendiri, maka, lebih mudah untuk kita mengatasinya kelak. Pernah saya menonton tazkirah Prof.Muhaya, beliau memberi petua bagaimana untuk mengatasi rasa marah. Caranya, tuliskan pada sekeping kertas, segala luahan rasa marah kita, sakit hati kita, kemudian buangkan atau gumpal atau bakar, nescaya perasaan anda akan bertambah baik.

Begitu juga cara yang sama boleh diaplikasikan untuk perasaan takut. Luahkan ketakutan anda dengan menulisnya jelas pada kertas. Kemudian, terpulang pada anda sama ada anda mahu buang, gumpal, bakar atau tampalnya di mana-mana sebagai motivasi anda untuk mengatasinya setiap hari.

Caranya, tuliskan pada sekeping kertas, segala luahan rasa marah kita, sakit hati kita, kemudian buangkan atau gumpal atau bakar, nescaya perasaan anda akan bertambah baik. Begitu juga cara yang sama boleh diaplikasikan untuk perasaan takut. Luahkan ketakutan anda dengan menulisnya jelas pada kertas. Kemudian, terpulang pada anda sama ada anda mahu buang, gumpal, bakar atau tampalnya di mana-mana sebagai motivasi anda untuk mengatasinya setiap hari.

#2- Jangan
Takut Untuk Takut

Petua Hilangkan Rasa Takut Dalam Diri 3

Apabila kita berasa takut, jangan segan untuk mengalaminya. Tiada manusia yang sempurna malah orang yang kononnya paling berjaya di dunia juga punyai ketakutan mereka yang tersendiri. Yakinkan diri sendiri yang takut adalah perasaan yang normal dialami semua orang cuma dalam situasi yang berbeza.

Sebagaimana anda mengalami rasa gembira dan sedih, anda menghayati momen-momen tersebut, perkara yang sama anda harus lakukan kepada diri anda sendiri apabila berasa takut. Anda ketawa apabila gembira dan menangis apabila sedih, jadi, lakukan yang sama apabila berasa takut. Jika anda menggeletar, menggigil, stress dan lain-lain simptom takut yang lain, tidak mengapa, biarkan dan ingatkan diri sendiri, perasaan ini adalah normal.

Anda akan lebih takut jika anda tidak mengaku yang anda takut dan apa yang anda sorokkan atau pendam akan buatkan ketakutan anda menjadi lebih besar tanpa anda sedari. Pernah tak anda alami perkara yang tidak menyenangkan atau perkara yang sukar berkali-kali? Mungkin susah untuk mengharunginya pada permulaan namun jika sudah banyak kali, anda akan terbiasa dengannya dan dapati ia menjadi lebih senang.

#3-Takut
Secara Positif

Petua Hilangkan Rasa Takut Dalam Diri 4

Kadang-kadang, perkara besar yang kita takuti tidak lain tidak bukan adalah diri kita sendiri. Agak sadis apabila kita bukan takut kerana orang lain atau persekitaran akan tetapi kita takut kerana kita sendiri yang berfikir bukan-bukan dan juga kita mengkritik diri kita sendiri terlalu keras.

Kita gunakan perkataan-perkataan yang negatif dan melemahkan semangat kita sendiri. Jangan begitu. Rajin-rajinkanlah bercakap dengan diri sendiri perkara yang baik-baik. Sentiasa positifkan diri walau apa yang berlaku. Lama-kelamaan, rasa takut itu akan berkurang dan boleh jadi, anda tidak akan takut lagi dengan perkara yang sama.

#4-Bersedia
Hadapi Rasa Takut

Petua Hilangkan Rasa Takut Dalam Diri 5

Setiap kali anda berasa takut dengan sesuatu yang mungkin bakal terjadi, cuba bayangkan apa perkara buruk yang akan terjadi sekiranya ketakutan anda bertukar menjadi realiti. Apabila anda bayangkan situasi yang paling buruk boleh menimpa anda, anda boleh terus fikirkan jalan penyelesaiannya.

Apabila anda ada perancangan alternatif, rasa takut anda tidak lagi ketara. Anda akan lebih yakin untuk berhadapan dengan rasa takut anda. Percayalah, apa yang akan terjadi selalunya tidaklah seteruk yang kita bayangkan.

Kita pasti akan berasa jauh lebih baik jika kita bersedia sedari awal. Contohnya, mana yang lebih baik? Berasa takut untuk memberikan pembentangan di hadapan ratusan orang sehinggakan tidak melakukan apa-apa kerana terlalu takut atau berlatih lebih kerap daripada kebiasaan dan bersedia dengan situasi atau soalan-soalan yang tidak terduga.

Sudah pasti anda memilih situasi yang kedua bukan? Yang paling penting, sama ada anda bersedia dalam ketakutan, meski anda gagal dan jangan permah takut untuk mencuba lagi.

USAHAWAN PERLU ADA GROWTH MINDSET

Sumber rujukan:

https://greatperformersacademy.com/motivation/6-most-powerful-tips-on-how-to-destroy-your-fears-for-good

Penulis:
Nadia Nazri





Source link