Senarai Tokoh Usahawan Berjaya Yang Pernah Gagal 1

Siapa kata
kejayaan itu mudah dan datang sekelip mata. Buka mata anda luas-luas kerana
semua tokoh usahawan dunia yang berjaya pasti wajib merasai kegagalan walaupun
sekali. Berikut adalah senarainya.

#1-Steve Jobs

Senarai Tokoh Usahawan Berjaya Yang Pernah Gagal 2

Nama usahawan ini tidak perlu diperkenalkan lagi. Hampir semua orang yang menggunakan jenama Apple pasti mengenali Steve Jobs. Mula mengasaskan computer Apple pada usia 21 tahun sekitar tahun 70-an dan mula meraih jutaan ringgit dollar apabila mencecah umur 23 tahun. Beliau tersenarai dalam top Fortune 500 Chief Executive Officer (CEO).

Salah seorang ahli Lembaga Syarikat Apple, John Scully telah memecat beliau menyebabkan Steve hehilangan kerja dan hak pegangannya yang bernilai berjuta-juta dollar. Ditendang keluar dari syarikat sendiri namun beliau tidak mengalah, beliau menubuhkan syarkat baharu iaitu  NeXT.

Syarikat baharunya sangat inovatif dan berdaya saing menyebabkan Apple membuat keputusan untuk membelinya kerana takut akan kewibawaan Steve akan menjatuhkan Apple dan kemudian dia dilantik semula sebagai CEO Apple. Menarik bukan? Daripada meratap mengenang syarikatnya hilang kerana orang asing, beliau kembali bangkit dan mencabar syarikatnya sendiri.

#2-MC Hammer

Senarai Tokoh Usahawan Berjaya Yang Pernah Gagal 3

Pada 1991, MC Hammer yang merupakan seorang artis versatil memenangi 2 anugerah Grammy menerusi lagunya “U Can’t Touch This” . Ini merupakan pencapaian terhebat dalam kariernya. Sememangnya beliau merupakan bintang popular sekitar tahun 80an- 90an. Namun, beliau diisytiharkan bankrap dan popularitinya mulai jatuh.

Namun, beliau tidak mengalah di situ sebaliknya mula bangkit dengan membuka label syarikat muziknya sendiri dan mula melabur dalam start-up teknologi. Kini, dia mula memiliki beberapa syarikat sendiri dan turut dijemput memberikan syarahan di university Harvard and Stanford selain memiliki rancangan televisyen sendiri iaitu “Hammertime”.

#3-Robert
Stiller

Senarai Tokoh Usahawan Berjaya Yang Pernah Gagal 4

Robert Stiller merupakan hartawan Amerika yang mengasaskan Keurig Green Mountain, jenama minuman terkenal Amerika. Robert menjana jutaan dollar dengan menjual kopi dan K-cups. Namun, gelaran bilionair yang diperoleh pada tahun 2011 terpaksa ditarik apabila dia hampir muflis kerana terlalu boros.

Bagi mengatasinya, Robert menjual sahamnya yang bernilai 5 juta dollar pada ketika itu. Selepas selesai melangsaikan hutang, beliau membaikpulih syarikatnya dan kembali mengawal syarikat dengan baik.

#4-Martha
Stewart

Senarai Tokoh Usahawan Berjaya Yang Pernah Gagal 5

Mungkin generasi muda kini kurang kenal dengan Martha Stewart namun nama ini memang terkenal bukan sahaja di Malaysia akan tetapi di negara-negra lain terutamaya dalam kalangan suri rumah. Dikenali dengan kepakarannya memasak dan gaya hidup sihat, Martha merupakan hos rancangan televisyen yang terkenal. Beliau adalah bilionair wanita pertama di Amerika Syarikat.

Namun, zaman kegemilangannya suram seketika apabila Martha didakwa terlibat dalam konspirasi kes penyelewengan saham ImClone. Dia menjalani hukuman pemuliharaan integriti selama 2 tahun 5 bulan di penjara dan di rumah. Ramai yang menyangka kerjayanya telah berakhir. Namun, Martha kembali membuat penampilan setelah hukumannya berakhir dan kini hartanya bernilai billion ringgit.

#5-W. Herbert
Hunt

Senarai Tokoh Usahawan Berjaya Yang Pernah Gagal 6

Herbert Hunt dan abangnya mendapat keuntungan jutaan ringgit melalui pelaburan saham sekitar tahun 70-an. Sayangnya, saham ini jatuh teruk bermula pada tahun 1980. Kebiasaannya, ramai pelabur saham akan menjual saham atau asset mereka dengan segera namum sebaliknya dengan Hunt.

Dia memperjudikan segalanya dengan apa sahaja yang masih berbaki dalam pelaburan minyaknya. Nasib menyebelahi apabila saham tersebut mula melonjak naik semula dan dia turut melabur dalam asset lain. Pada tahun 2012, dia menjual tanah yang mengandungi minyak pada harga $1.5 billion. Kini, Hunt boleh bersenang-lenang dengan hasil kesabarannya selama ini.

#6-Yasumitsu
Shigeta

Senarai Tokoh Usahawan Berjaya Yang Pernah Gagal 7

Berasal dari Jepun,  Yasumitsu Shigeta tercicir dari kolej pada tahun 1988 dan mula menubuhkan syarikat telefonnya sendiri iaitu Hikari Tsushin. Pada ketika itu dia hanyalah berusia 23 tahun. Percaturannya menjadi apabila syarikat itu terkenal bukan sahaja di Jepun akan tetapi di China.

Pada tahun 2000,  Shigeta membuat keuntungan sebanyak $39 billion semasa zaman internet mula berkuasa. Namun dia turut kehilangan segalanya dalam masa 4 bulan sahaja. Walaupun hidupnya penuh dengan naik surut namun dia segera bangkit dan kembali menjadi bilionair 5 tahun kemudiannya.

#7-James
Altucher

Senarai Tokoh Usahawan Berjaya Yang Pernah Gagal 8

James Altucher merupakan antara yang mendapat keuntungan besar daripada internet. Dia mengasaskan syarikat yang dinamakan Reset Inc pada tahun 1996. Selepas 2 tahun, syarikat itu dijual pada harga 10 juta dollar. Malangnya, pelaburan seterusnya mengakibatkan beliau gagal dan hampir kehilangan segalanya.

James hampir membunuh diri namun akhirnya dia sedar yang nilai dirinya lebih besar daripada nilai baki dalam akaun bank. Dia kembali yakin dan mengorak langkah yang lebih besar. Kini dia mempunyai ramai pengikut di blog, podcast dan banyak lagi medium lain dan bernilai jutaan ringgit.

Penulis:
Nadia Nazri





Source link